Langkau ke kandungan utama

GST -JANGAN BINCANG


Petikan entah dari mana....


".....untuk elakkan kekeliruan
Rakyat diminta jangan bincang GST secara umum.
Wakil media akan dipanggil untuk ceritakan apa itu GST
Rakyat biarkan jangan dikelirukan
Apa yang betul adalah dari mulut pemimpin

Jadi yang pergi belajar ekonomi kat Harvard
atau Oxford atau UM atau mana-manalah
nak bincang apa?
Ahli politik pula nak temberang apa?
GST itu perlu dilihat dari pelbagai sudut.
Atas, bawah,kiri, kanan
Untung, rugi, baik dan buruknya.

Jika di pihak yang mahu buat dasar
sahaja yang betul dan tidak keliru
ibarat macam Germany di bawah Hitler le
Apa sahaja kata Hitler semuanya betul
Rakyat yang bijak perlu ditembak di kepala

Ini masalah besar
Orang pandai tidak boleh cakap ikut
apa yang dia pandai
takut kelirukan rakyat
Habis pakar ekonomi nak bincang apa?

Memang semua benada asalnya keliru
apa-apa pun umpamanya budak-budak
keliru akalnya kenapa 'anunya' patut
dipotong..menyusahkan sahaja
jalan pun kengkang

Namun bila pengalaman dan ilmu dah banyak
keliru dah jadi syok pula!.

ermmm..mana yang cerdik sebenarnya?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EKONOMI IBRAHIM ALI

Sekadar petikan.... Melayu & Pasaran bebas Pasaran bebas ancam Melayu kata Ibrahim Ali. Becakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, beliau membidas kerajaan yang memberikan perlindungan yang besar kepada kaum pemodal bukan Melayu dan pada masa sama menarik bantuan dan subsidi kepada kaum Melayu dan Bumiputera. Konflik perkauman Ibrahim berkata, beliau khuatir konflik antara kaum mungkin tercetus sekiranya negara terus memberi perlindungan kepada golongan pemodal yang terdiri daripada kaum minoriti, sedangkan bantuan kepada golongan majoriti dinafikan. Persoalannya Apa bendanya ekonomi bebas apakah Ibrahim mahu ekonomi seperti Cuba atau China golongan minoriti itu siapa dan majoriti itu siapa? Siapa lebih rajin kerja? ekonomi bebas untuk orang malas atau kaum tertentukah? Ibrahim Ali bercakap sebagai Melayu tetapi nafikan cakap perkauman Habis Ibrahim Ali ini cakap apa sebenarnya?

NAMA TUHAN KITA ALLAH

Allah Ada yang bimbang nama Allah mahu disekutukan dengan nama tuhan pengikut agama lain. Mana boleh Allah dan God disebut sama sedangkan maksud berbeza. Namun ada yang ambil mudah kata mereka bukakah ada beribu nama ambil umpama namanya : Mahazhir ada yang Islam ada yang kafir zimmi ada yang kafir harbi malah ada yang hindu dan tak jelas agama dan yang ikut agama orang putih Maka dijawab oleh yang lain Mahazhir adalah manusia Allah adalah pencipta mana boleh buat analogi begitu itu melampau dan khurafat Namun ada yang lucu di sebalik itu sekadar nak sebut satu saja Umat Melayu kita Islamik lebih teruja sambut permulaan tahun bagi pengikut kristian banding tahun hijrah tak rasa izzah pun dengan Maal Hijrah Bimbang ditertawakan dan dicerca orang Perancis, atau dilabel ekstrimis oleh orang-orang Obama lebih parah disetarakan dengan Taliban pulak