Langkau ke kandungan utama

CATATAN TAHUN BAHARU

Tauke baru
Industri gula mendapat tauke baru.
Sempena tahun baharu maka harga gula pun
diperbaharui. Sebelum ini dinafikan
tapi akhbar dah kempen agar rakyat
kurangkan gula putih, makan gula merah

Subsidi naik
Kerajaan kata jika harga gula naik
maka subsidi perlu dinaikkan
gula dunia semua dah melambung
ada orang senyum
barangkali boleh 'up' sikit komisen

Semua nafi
Beberapa hari sebelum ini
semua pihak nafi gula naik harga
namun kempen jangan makan gula
tetap berterusan
gula pula bagai tidak cukup
menjelang ambang tahun baru
KSU umum gula naik RM0.20
semuanya terima baik
tiada yang panik dan marah

Elak kencing manis
rupanya betul kempen akhbar
kurangkan makan gula elak kencing manis
ertinya kurangkan beli gula
harganya yang melambung
namun akal yang berjalan
hanyalah tauke dan penerima komisen
akal rakyat macam biasa saja
tauke dah yakin
selepas 15 Januari rakyat akan kembali
beli lagi banyak gula dengan harga baru!

Tak pernahlah tauke kata
akal rakyat macam akal budak!
Tapi macam tu jadinya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EKONOMI IBRAHIM ALI

Sekadar petikan.... Melayu & Pasaran bebas Pasaran bebas ancam Melayu kata Ibrahim Ali. Becakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, beliau membidas kerajaan yang memberikan perlindungan yang besar kepada kaum pemodal bukan Melayu dan pada masa sama menarik bantuan dan subsidi kepada kaum Melayu dan Bumiputera. Konflik perkauman Ibrahim berkata, beliau khuatir konflik antara kaum mungkin tercetus sekiranya negara terus memberi perlindungan kepada golongan pemodal yang terdiri daripada kaum minoriti, sedangkan bantuan kepada golongan majoriti dinafikan. Persoalannya Apa bendanya ekonomi bebas apakah Ibrahim mahu ekonomi seperti Cuba atau China golongan minoriti itu siapa dan majoriti itu siapa? Siapa lebih rajin kerja? ekonomi bebas untuk orang malas atau kaum tertentukah? Ibrahim Ali bercakap sebagai Melayu tetapi nafikan cakap perkauman Habis Ibrahim Ali ini cakap apa sebenarnya?

NAMA TUHAN KITA ALLAH

Allah Ada yang bimbang nama Allah mahu disekutukan dengan nama tuhan pengikut agama lain. Mana boleh Allah dan God disebut sama sedangkan maksud berbeza. Namun ada yang ambil mudah kata mereka bukakah ada beribu nama ambil umpama namanya : Mahazhir ada yang Islam ada yang kafir zimmi ada yang kafir harbi malah ada yang hindu dan tak jelas agama dan yang ikut agama orang putih Maka dijawab oleh yang lain Mahazhir adalah manusia Allah adalah pencipta mana boleh buat analogi begitu itu melampau dan khurafat Namun ada yang lucu di sebalik itu sekadar nak sebut satu saja Umat Melayu kita Islamik lebih teruja sambut permulaan tahun bagi pengikut kristian banding tahun hijrah tak rasa izzah pun dengan Maal Hijrah Bimbang ditertawakan dan dicerca orang Perancis, atau dilabel ekstrimis oleh orang-orang Obama lebih parah disetarakan dengan Taliban pulak