Langkau ke kandungan utama

MATI DI TAHUN BAHARU

Kematian pemimpin
tokoh-tokoh yang dekat dan kita kenal
Mula-mula Gus Dur meninggalkan kita
diikuti Tok Mat
yang terkini Augustine Paul
Selepas ini tokoh mana pula?
Harap-harap jangan Che Det pulak

Lambat mati
Che Det dan lebih 80 tahun usia
harapnya dapat subsisi 20 tahun lagi
dapatlah dia dapat lihat lebih banyak
ketirisan hasil akal geniusnya
Melayu mudah lupa
tetapi Che Det takkan dilupakan

Ingatkan yang lupa
Sebelum Che Det meninggalkan kita
menemui yang Maha Kuasa
harap-harap Che Det buat pengakuan
Kisah Benar tentang moral
kepada kita sekalian marhaen
patut dibagi tahu
terutama kepada ahli gerombolan
yang setia dan totok
bahawa sandiwara moral itu
adalah untuk siasah semata-mata

Kubur
Sebelum mati masuk kubur
kepada yang sempat
harapan besarnya pakat-pakat
minta ampun dan kisahkan yang sebenar


Baca ini sebelum mati
"Di Mesir....ada ribuan ustaz.
(tapi) orang duduk di atas kubur,
(sebanyak) tiga juta orang.
Dia tunggu hari nak masuk kubur!"
-Mat Sabu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EKONOMI IBRAHIM ALI

Sekadar petikan.... Melayu & Pasaran bebas Pasaran bebas ancam Melayu kata Ibrahim Ali. Becakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, beliau membidas kerajaan yang memberikan perlindungan yang besar kepada kaum pemodal bukan Melayu dan pada masa sama menarik bantuan dan subsidi kepada kaum Melayu dan Bumiputera. Konflik perkauman Ibrahim berkata, beliau khuatir konflik antara kaum mungkin tercetus sekiranya negara terus memberi perlindungan kepada golongan pemodal yang terdiri daripada kaum minoriti, sedangkan bantuan kepada golongan majoriti dinafikan. Persoalannya Apa bendanya ekonomi bebas apakah Ibrahim mahu ekonomi seperti Cuba atau China golongan minoriti itu siapa dan majoriti itu siapa? Siapa lebih rajin kerja? ekonomi bebas untuk orang malas atau kaum tertentukah? Ibrahim Ali bercakap sebagai Melayu tetapi nafikan cakap perkauman Habis Ibrahim Ali ini cakap apa sebenarnya?

NAMA TUHAN KITA ALLAH

Allah Ada yang bimbang nama Allah mahu disekutukan dengan nama tuhan pengikut agama lain. Mana boleh Allah dan God disebut sama sedangkan maksud berbeza. Namun ada yang ambil mudah kata mereka bukakah ada beribu nama ambil umpama namanya : Mahazhir ada yang Islam ada yang kafir zimmi ada yang kafir harbi malah ada yang hindu dan tak jelas agama dan yang ikut agama orang putih Maka dijawab oleh yang lain Mahazhir adalah manusia Allah adalah pencipta mana boleh buat analogi begitu itu melampau dan khurafat Namun ada yang lucu di sebalik itu sekadar nak sebut satu saja Umat Melayu kita Islamik lebih teruja sambut permulaan tahun bagi pengikut kristian banding tahun hijrah tak rasa izzah pun dengan Maal Hijrah Bimbang ditertawakan dan dicerca orang Perancis, atau dilabel ekstrimis oleh orang-orang Obama lebih parah disetarakan dengan Taliban pulak