Langkau ke kandungan utama

KHATIB SEBAK BACA KHUTBAH

IMAM BESAR TERSEDU-SEDAN
Imam Besar Masjid Negara menitiskan air mata
dan tersedu-sedan ketika membacakan doa di akhir
khutbah Jumaat hari ini yang menyentuh
isu penggunaan kalimah Allah
di kalangan bukan Islam.

Berbeza dengan solat Jumaat sebelum ini, suara
Tan Sri Ismail Muhammad kedengaran sebak dan
terputus-putus dari mimbar masjid, di penghubung
bacaan doa tersebut.

Ismail membacakan khutbah yang disediakan
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
berjudul 'Akidah benteng kekuatan ummah'.

Khutbah tersebut, antara lain, menegaskan bahawa
lafaz Allah khusus bagi umat Islam dan tidak
boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama
lain, seperti yang telah diputuskan dalam muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2008 .
.
Khutbah tersebut menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia
mengelak daripada menimbulkan isu-isu sensitif kerana
"penggunaan lafaz Allah telah beratus-ratus tahun digunakan
oleh masyarakat Islam di negara ini".

Komen yang kecil2
Nak nafi apa lagi
kalau imam besar pun sebak
orang biasa jangan duk buat
derk je lagi!

Dalam bab lain umpamanya
umat islam sokong bank yahudi
atau tidak tutup aurat
atau malas berjihad melawan nafsu
imam besar bergelar Tan Sri itu
tidak pasti sebak dan menitiskan
air mata atau tidak

Ini pemberita buat berita
atau tiba-tiba sahaja imam itu
sebak dan menitiskan air mata


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EKONOMI IBRAHIM ALI

Sekadar petikan.... Melayu & Pasaran bebas Pasaran bebas ancam Melayu kata Ibrahim Ali. Becakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, beliau membidas kerajaan yang memberikan perlindungan yang besar kepada kaum pemodal bukan Melayu dan pada masa sama menarik bantuan dan subsidi kepada kaum Melayu dan Bumiputera. Konflik perkauman Ibrahim berkata, beliau khuatir konflik antara kaum mungkin tercetus sekiranya negara terus memberi perlindungan kepada golongan pemodal yang terdiri daripada kaum minoriti, sedangkan bantuan kepada golongan majoriti dinafikan. Persoalannya Apa bendanya ekonomi bebas apakah Ibrahim mahu ekonomi seperti Cuba atau China golongan minoriti itu siapa dan majoriti itu siapa? Siapa lebih rajin kerja? ekonomi bebas untuk orang malas atau kaum tertentukah? Ibrahim Ali bercakap sebagai Melayu tetapi nafikan cakap perkauman Habis Ibrahim Ali ini cakap apa sebenarnya?

NAMA TUHAN KITA ALLAH

Allah Ada yang bimbang nama Allah mahu disekutukan dengan nama tuhan pengikut agama lain. Mana boleh Allah dan God disebut sama sedangkan maksud berbeza. Namun ada yang ambil mudah kata mereka bukakah ada beribu nama ambil umpama namanya : Mahazhir ada yang Islam ada yang kafir zimmi ada yang kafir harbi malah ada yang hindu dan tak jelas agama dan yang ikut agama orang putih Maka dijawab oleh yang lain Mahazhir adalah manusia Allah adalah pencipta mana boleh buat analogi begitu itu melampau dan khurafat Namun ada yang lucu di sebalik itu sekadar nak sebut satu saja Umat Melayu kita Islamik lebih teruja sambut permulaan tahun bagi pengikut kristian banding tahun hijrah tak rasa izzah pun dengan Maal Hijrah Bimbang ditertawakan dan dicerca orang Perancis, atau dilabel ekstrimis oleh orang-orang Obama lebih parah disetarakan dengan Taliban pulak

CATATAN TAHUN BAHARU

Tauke baru Industri gula mendapat tauke baru. Sempena tahun baharu maka harga gula pun diperbaharui. Sebelum ini dinafikan tapi akhbar dah kempen agar rakyat kurangkan gula putih, makan gula merah Subsidi naik Kerajaan kata jika harga gula naik maka subsidi perlu dinaikkan gula dunia semua dah melambung ada orang senyum barangkali boleh 'up' sikit komisen Semua nafi Beberapa hari sebelum ini semua pihak nafi gula naik harga namun kempen jangan makan gula tetap berterusan gula pula bagai tidak cukup menjelang ambang tahun baru KSU umum gula naik RM0.20 semuanya terima baik tiada yang panik dan marah Elak kencing manis rupanya betul kempen akhbar kurangkan makan gula elak kencing manis ertinya kurangkan beli gula harganya yang melambung namun akal yang berjalan hanyalah tauke dan penerima komisen akal rakyat macam biasa saja tauke dah yakin selepas 15 Januari rakyat akan kembali beli lagi banyak gula dengan harga baru! Tak pernahlah tauke kata akal rakyat macam akal ...