Langkau ke kandungan utama

10 JENIS MUSLIM KEJAM

KHAS UNTUK YANG BERMINAT DENGANNYA
(SAMA ADA ISLAM ATAU TIDAK)

Sufyan at-Thauri berkata:

Sepuluh macam kekejaman seseorang muslim ialah:

1. Hanya berdoa untuk diri sendiri dan tidak untuk anak-anak dan mukmin yang lain
2. Pandai membaca al-Quran tetapi gagal membaca 100 ayat pada setiap hari
3. Masuk masjid sehingga keluar darinya tanpa solat 2 rakaat tahiyatul masjid
4. Melintasi tanah perkuburan tetapi tidak memberikan salam atau doakan ahli kubur
5. Sampai di sesuatu tempat pada hari Jumaat tetapi tidak solat berjamaah
6. Tidak mahu belajar apa-apa dari orang alim yang tiba atau ditemuinya
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan tetapi tidak bertanya nama kawannya itu
8. Tidak datang ke jamuan apabila diundang
9. Pemuda yang tidak bekerja dan tidak mahu belajar
10. Seseorang yang kenyang dan sedar yang tetangganya lapar, namun tidak memberikan
apa-apa dari makanannya yang ada kepada jirannya itu.

Di sini boleh dikutip KEKUATAN dan disinilah jua letaknya KELEMAHAN.
Gagal berfikir lanjut secara kritikal dan analitikal menjadikan seseorang itu tetap begitu
untuk seterusnya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EKONOMI IBRAHIM ALI

Sekadar petikan.... Melayu & Pasaran bebas Pasaran bebas ancam Melayu kata Ibrahim Ali. Becakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, beliau membidas kerajaan yang memberikan perlindungan yang besar kepada kaum pemodal bukan Melayu dan pada masa sama menarik bantuan dan subsidi kepada kaum Melayu dan Bumiputera. Konflik perkauman Ibrahim berkata, beliau khuatir konflik antara kaum mungkin tercetus sekiranya negara terus memberi perlindungan kepada golongan pemodal yang terdiri daripada kaum minoriti, sedangkan bantuan kepada golongan majoriti dinafikan. Persoalannya Apa bendanya ekonomi bebas apakah Ibrahim mahu ekonomi seperti Cuba atau China golongan minoriti itu siapa dan majoriti itu siapa? Siapa lebih rajin kerja? ekonomi bebas untuk orang malas atau kaum tertentukah? Ibrahim Ali bercakap sebagai Melayu tetapi nafikan cakap perkauman Habis Ibrahim Ali ini cakap apa sebenarnya?

GURU KENA SIASAT

PENGETUA,GURU BESAR, PEGAWAI PPD DAN GURU DI SOAL OLEH JPNPP EKORAN ADUAN UMNO NEGERI. OLEH;Amir Amiruddin Pulau Pinang , 2 Mac: Seramai 32 guru telah di soal siasat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang sejak minggu lepas. Soal siasat ini berpunca dari tindakan Umno negeri yang menggunakan jabatan Pelajaran Negeri sebagai salah satu tindakan “menekan” guru-guru yang dianggap sebagai “pembangkang” atau pun “menyokong pembangkang”.Tindakan tidak demokratik ini di lihat cuba kembali di zaman “Mahathirisme” dimana pada ketika itu, umno dianggap sebagai “tuan” kepada yang lain.Hanya ahli Umno sahaja yang boleh bercakap soal politik,hanya ahli Umno sahaja yang boleh berkempen, orang lain,parti lain tidak boleh berkempen.Jika tidak akan di tukar serta merta. Menurut beberapa guru yang diTanya oleh Era Pakatan, memberitahu bahawa mereka adalah orang biasa yang berbual sekali dan kadangkala tentang politik, dan adakah ini di anggap sebagai pembangkang? “Malah kami...