Langkau ke kandungan utama

GURU KENA SIASAT

PENGETUA,GURU BESAR, PEGAWAI PPD DAN
GURU DI SOAL OLEH JPNPP EKORAN ADUAN UMNO NEGERI.

OLEH;Amir Amiruddin
Pulau Pinang , 2 Mac: Seramai 32 guru telah
di soal siasat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau
Pinang sejak minggu lepas. Soal siasat ini berpunca
dari tindakan Umno negeri yang menggunakan jabatan
Pelajaran Negeri sebagai salah satu tindakan “menekan”
guru-guru yang dianggap sebagai “pembangkang”
atau pun “menyokong pembangkang”.Tindakan tidak
demokratik ini di lihat cuba kembali di zaman
“Mahathirisme” dimana pada ketika itu, umno dianggap
sebagai “tuan” kepada yang lain.Hanya ahli Umno sahaja
yang boleh bercakap soal politik,hanya ahli Umno sahaja
yang boleh berkempen, orang lain,parti lain tidak boleh
berkempen.Jika tidak akan di tukar serta merta.


Menurut beberapa guru yang diTanya oleh Era Pakatan,
memberitahu bahawa mereka adalah orang biasa yang
berbual sekali dan kadangkala tentang politik, dan
adakah ini di anggap sebagai pembangkang?


“Malah kami dapati bahawa Timbalan Pengarah JPN,
Ahmad Tarmizi Kamaruddin dan Ketua Sektor Jaminan
Kualiti JPNPP, Daud Hasanuddin merupakan 2 orang wakil
JPNPP yang bertanggungjawab menyoal kami, malah kami
menganggap bahawa mereka adalah menjalankan tugas
seperti yang di arahkan Umno negeri.”

“Badan perhubungan Umno Pulau Pinang yang membuat
aduan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)
dan KPPM yang arah Pengarah JPNPP mengadakan siasatan
tidak rasmi itu.,” jelasnya kumpulan terbabit.

Menurut beliau, Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad terpaksa
bersetuju mengadakan siasatan tidak rasmi tersebut
mungkin disebabkan tidak selesa dengan desakan
berkali-kali daripada pihak atasan.

Selain itu, ada juga maklumat yang menjelaskan
bahawa ekoran keengganan beberapa pengetua,guru besar
tidak mahu terbabit dengan program “Umno Juara rakyat” ,
dimana pihak Umno mahu menggunakan sekolah sebagai
tempat untuk mereka menjalankan aktiviti di sekolah ,
dan ada pengetua dan guru besar yang tidak mahu mengunakan
sekolah mereka sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti mereka.

“Sebab Umno negeri sendiri banyak kali mendesak Ibrahim
Mohamad sebelum ini agar ambil tindakan kepada guru-guru
terbabit yang didakwa agen pembangkang di sekolah,” jelas beliau.




Tambahnya lagi, sumber dalaman dalam JPNPP sendiri
memberitahu bahawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaksa JPN mendapatkan
latar belakang keluarga dan ideologi politik kedua-dua ibu
dan bapa bagi kesemua guru-guru terbabit.

Menurut maklumat yang di berikan, punca utama ialah
bagaimana seorang pion yang mengadu untuk bertukar
e sekolah lain.Namun pertukaran beliau tidak di layan.
Dalammasa yang sama apabila tidak di layan beliau berjumpa
datuk Shahbudin dan menyatakan bahawa Umno sudah tidak
punya kuasa dan pertukaran beliau tidak dilayan.
Maka Shahbudin sendiri juga telah mengarahkan agar peon
tadi ditukar.Dalam masa yang sama Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi
yang juga merupakan Pengerusi perhubungan Umno, mengarahkan
agar mereka di siasat aktiviti mereka.

“Malah ada Pengetua dan guru besar juga di soal siasat,
pegawai PPD juga di soal siasat hanya kerana berbual
biasa dengan rakan-rakan berkenaan dengan politik.
Apa salahnya berbual tentang politik dan kita bukannya
negara diktaktor yang langsung tidak boleh berbual soal politik.

Dalam perkembangan yang lain, beliau menasihatkan
JPNPP supaya tidak menganggap mereka sebagai agen
pembangkang disebabkan segelintir mereka yang terbabit
mempersoal inisiatif Umno memaksa guru-guru menyertai
demontrasi anti Lim Guan Eng baru-baru ini, dan ada
sesetengah pengetua dan guru besar yang tidak mahu
sekolah mereka dijadikan tempat untuk sebarang
aktiviti Umno.

“Kami kesal kerana Umno cuba menjadikan sekolah sebagai
tempat untuk aktiviti Mereka, malahan memaksa pula
orang ramai dan kaum guru hadir bagi menjayakan program
mereka.perkara ini tdak pula bersalah bagi mereka,hanya
kerana Bn memerintah.Umno adalah parti sebuah parti yang
sama sahaja dengan parti lain.Kerajaan adalah rakyat.”
Demikian jelas kaum guru yang di temui.

Sementara itu kumpulan terbabit tidak pula bercadang
untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap
pegawai yang menyoal mereka kerna memahami mereka hanya
menjalankan tugas atas arahan Umno .Ini adalah kerana
tindakan ini seolah-olah mengganggu privasi dan hak
asasi kaum guru, walupun ianya mengganggu emosi mereka
JPNPP.

“ Kita tidak pula bercadang untuk mengambil tindakan
undang-undang kerana kita tahu ini bukan arahan sesiapa
kecuali perhubungan umno negeri dan walau kita tahu Umno
di sebalik semua tindakan ini.Malah tindakan terkebelakang
inilah yang menyebabkan makin banyak yang menolak parti
tersebut akhir-akhirnya . Malah mungkin ada orang yang
bercita-cita hendak menjadi Timbalan Perdana Menteri gamaknya “,
kata seorang guru yang terbabit yang mengakui tidak lagi
menyokong parti tersebut akhir-akhir ini kerana tidak
demokratik dalam tindakan mereka.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI at Tuesday, March 02, 2010
http://wrlr.blogspot.com/2010/03/warga-pendidik-di-soalsiasat-ekoran.html

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAIS LARANG BUKAN ISLAM GUNA 25 KALIMAH

Antara perkataan itu adalah, Allah , firman Allah, nabi , mubaligh, syariat, wahyu, mufti , Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji , kiblat, Ilahi, Injil, ulama , khalifah, wali, Syeikh, Iman dan dakwah. Bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 perbahasan seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah, masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Baca lanjut di http://www.themalaysianinsider.com/ index.php/bahasa/49650-jais-juga-larang-bukan-islam-guna -25-kalimah Allah, mufti, nabi, ulama Orang Kristian, Yahudi, Hindu, Sikh, Buddha di Malaysia tidak tidak boleh sebut nama Allah (masyaAllah), juga mufti dan ulama ketiga-tiga perkataan itu merupakan asas untuk berhubung dan bermesra dengan Islam Maka sebutlah tuhan atau god untuk Allah Patut sebut apa untuk mufti? Ulama kalih jadi intele...

KHINZIR & ALLAH

Terjemah Kontroversi (polemeik?) tentang kalimah Allah mengingatkan kita tentang kalimah khinzir yang kini telah jadi babi. Ada pun khinzir itu kalimah Arab yang diMelayukan. Khinzir Melayu ialah babi. Dalam bahasa PPSMI khinzir ialah pig dan dagingnya disebut pork oleh English Man atau porc di tanahair Mr. Sarkozy. Maki-makian Babi dalam bahasa Melayu beerti juga maki-makian atau cercaan yang amat menghina. Ertinya jika diungkap "kau babi" atau 'anak babi' maka itu merupakan cercaan yang dahsyat bagi orang Melayu. Haram Babi atau khinzir adalah haram dan diklasifikasikan sebagai najis mughalazah yang perlu disamak jika badan atau barang kepunyaan kita terkena babi atau najisnya hatta keturunannya biar pun tidak 100 peratus menyerupai babi. Melayu dan Babi Bagi Melayu babi adalah najis yang haram disentuh, apalagi dimakan. Bagi Melayu babi juga adalah makian dan cercaan yang paling jelik. Bila pembaca berita menyebut istilah babi seolah-o...