Langkau ke kandungan utama

JAIS LARANG BUKAN ISLAM GUNA 25 KALIMAH

Antara perkataan itu adalah, Allah,
firman Allah, nabi, mubaligh,
syariat, wahyu, mufti,
Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa,
haji, kiblat, Ilahi, Injil, ulama,
khalifah, wali, Syeikh, Iman dan dakwah.

Bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 perbahasan
seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah,
masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan
ataupun penulisan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda
tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih
dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Baca lanjut di http://www.themalaysianinsider.com/
index.php/bahasa/49650-jais-juga-larang-bukan-islam-guna
-25-kalimah


Allah, mufti, nabi, ulama
Orang Kristian, Yahudi, Hindu, Sikh, Buddha
di Malaysia tidak
tidak boleh sebut nama Allah (masyaAllah),
juga mufti dan ulama
ketiga-tiga perkataan itu merupakan asas
untuk berhubung dan bermesra dengan Islam

Maka sebutlah tuhan atau god untuk Allah
Patut sebut apa untuk mufti?
Ulama kalih jadi intelek atau orang pandai islam.
Nabi tentu boleh ganti jadi pesuruh tuhan.

Kalau budak sekolah nak buat karangan dalam bahasa
Melayu tentang Hari Raya Korban di Malaysia
barangkali begini bunyinya
'....Korban adalah penyembelihan binatang ternakan
atas arahan tuhan god (ALLAH).
Pesuruh (NABI) tuhan bernama Abraham dan anaknya
telah memulakan upacara(IBADAT) korban sejak sebelum
lahirnya pesuruh(NABI) Jesus lagi. Pada ketika umat Islam
merayakan Hari Raya Korban berjuta umat Islam mengerjakan
ibadat lebai(HAJI) di kota suci Makkah.
Korban dalam Islam sentiasa diberikan penekanan oleh ntelek @
orang pandai islam(ULAMA)kerana dapat melahirkan umat
yang sedia berterima kasih(BERSYUKUR)...."


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KHINZIR & ALLAH

Terjemah Kontroversi (polemeik?) tentang kalimah Allah mengingatkan kita tentang kalimah khinzir yang kini telah jadi babi. Ada pun khinzir itu kalimah Arab yang diMelayukan. Khinzir Melayu ialah babi. Dalam bahasa PPSMI khinzir ialah pig dan dagingnya disebut pork oleh English Man atau porc di tanahair Mr. Sarkozy. Maki-makian Babi dalam bahasa Melayu beerti juga maki-makian atau cercaan yang amat menghina. Ertinya jika diungkap "kau babi" atau 'anak babi' maka itu merupakan cercaan yang dahsyat bagi orang Melayu. Haram Babi atau khinzir adalah haram dan diklasifikasikan sebagai najis mughalazah yang perlu disamak jika badan atau barang kepunyaan kita terkena babi atau najisnya hatta keturunannya biar pun tidak 100 peratus menyerupai babi. Melayu dan Babi Bagi Melayu babi adalah najis yang haram disentuh, apalagi dimakan. Bagi Melayu babi juga adalah makian dan cercaan yang paling jelik. Bila pembaca berita menyebut istilah babi seolah-o...