Langkau ke kandungan utama

NAMA TUHAN KITA ALLAH


Allah
Ada yang bimbang nama Allah mahu
disekutukan dengan nama tuhan pengikut
agama lain. Mana boleh Allah dan God disebut
sama sedangkan maksud berbeza.

Namun ada yang ambil mudah
kata mereka bukakah ada beribu nama
ambil umpama namanya : Mahazhir
ada yang Islam
ada yang kafir zimmi
ada yang kafir harbi
malah ada yang hindu
dan tak jelas agama
dan yang ikut agama orang putih

Maka dijawab oleh yang lain
Mahazhir adalah manusia
Allah adalah pencipta
mana boleh buat analogi begitu
itu melampau dan khurafat

Namun ada yang lucu di sebalik itu
sekadar nak sebut satu saja
Umat Melayu kita Islamik
lebih teruja sambut permulaan tahun
bagi pengikut kristian banding tahun hijrah
tak rasa izzah pun dengan Maal Hijrah
Bimbang ditertawakan dan dicerca orang Perancis,
atau dilabel ekstrimis oleh orang-orang Obama
lebih parah disetarakan dengan Taliban pulak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAIS LARANG BUKAN ISLAM GUNA 25 KALIMAH

Antara perkataan itu adalah, Allah , firman Allah, nabi , mubaligh, syariat, wahyu, mufti , Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji , kiblat, Ilahi, Injil, ulama , khalifah, wali, Syeikh, Iman dan dakwah. Bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 perbahasan seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah, masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Baca lanjut di http://www.themalaysianinsider.com/ index.php/bahasa/49650-jais-juga-larang-bukan-islam-guna -25-kalimah Allah, mufti, nabi, ulama Orang Kristian, Yahudi, Hindu, Sikh, Buddha di Malaysia tidak tidak boleh sebut nama Allah (masyaAllah), juga mufti dan ulama ketiga-tiga perkataan itu merupakan asas untuk berhubung dan bermesra dengan Islam Maka sebutlah tuhan atau god untuk Allah Patut sebut apa untuk mufti? Ulama kalih jadi intele...

KHINZIR & ALLAH

Terjemah Kontroversi (polemeik?) tentang kalimah Allah mengingatkan kita tentang kalimah khinzir yang kini telah jadi babi. Ada pun khinzir itu kalimah Arab yang diMelayukan. Khinzir Melayu ialah babi. Dalam bahasa PPSMI khinzir ialah pig dan dagingnya disebut pork oleh English Man atau porc di tanahair Mr. Sarkozy. Maki-makian Babi dalam bahasa Melayu beerti juga maki-makian atau cercaan yang amat menghina. Ertinya jika diungkap "kau babi" atau 'anak babi' maka itu merupakan cercaan yang dahsyat bagi orang Melayu. Haram Babi atau khinzir adalah haram dan diklasifikasikan sebagai najis mughalazah yang perlu disamak jika badan atau barang kepunyaan kita terkena babi atau najisnya hatta keturunannya biar pun tidak 100 peratus menyerupai babi. Melayu dan Babi Bagi Melayu babi adalah najis yang haram disentuh, apalagi dimakan. Bagi Melayu babi juga adalah makian dan cercaan yang paling jelik. Bila pembaca berita menyebut istilah babi seolah-o...