Langkau ke kandungan utama

KHINZIR & ALLAH

Terjemah
Kontroversi (polemeik?) tentang kalimah
Allah mengingatkan kita tentang kalimah
khinzir yang kini telah jadi babi. Ada pun
khinzir itu kalimah Arab yang diMelayukan.
Khinzir Melayu ialah babi. Dalam bahasa
PPSMI khinzir ialah pig
dan dagingnya disebut
pork oleh English Man
atau porc di tanahair Mr. Sarkozy.

Maki-makian
Babi dalam bahasa Melayu beerti juga maki-makian
atau cercaan yang amat menghina. Ertinya jika diungkap
"kau babi" atau 'anak babi' maka itu merupakan
cercaan yang dahsyat bagi orang Melayu.

Haram
Babi atau khinzir adalah haram dan diklasifikasikan
sebagai najis mughalazah yang perlu disamak jika
badan atau barang kepunyaan kita terkena babi
atau najisnya hatta keturunannya biar pun
tidak 100 peratus menyerupai babi.

Melayu dan Babi
Bagi Melayu babi adalah najis yang haram disentuh,
apalagi dimakan. Bagi Melayu babi juga adalah makian
dan cercaan yang paling jelik.
Bila pembaca berita menyebut istilah babi seolah-olah
mereka mencerca orang lain secara 'live'

Babi bukan lagi khinzir
Kenapa agaknya istilah asal Arab iaitu khinzir kini
tidak digunakan lagi. Babi lebih sesuai dalam konteks
1Malaysia. Adakah khinzir tidak sesuai dengan Melayu
atau sukar difahami mendalam maksudnya?

Ada orang kata sebabnya ialah untuk 'membusukkan' nama
khinzir disebabkan sebutan khinzir itu lembut bagi
lidah Melayu. Babi lebih tepat dan keras lagi busuk
sesuai dengan sifat makhluk itu.
Bila disebut Cina makan babi lebih jelas maksudnya
dan realitinya berbanding Cina makan khinzir!

Ada juga yang buat cerita konon anak-anak muda Melayu
di KL yang tidak tahu apa itu khinzir telah
membedal khinzir panggang penuh berselera sekali.
Namanya sedap dan dagingnya sedap kata mereka.
Makna binatang khinzir tak penting kerana pengaruh
kesedapannya!

Ada juga yang cuba nak buat lawak dengan berkata
sebutan khinzir itu dekat-dekat sebutannya dengan
nama Mahzir.. ada zir..zir! Boleh timbulkan
fitnah kepada orang yang ada nama hujungnya zir..zir..

Maka perkataan khinzir tidak digunakan lagi
sebab sebutannya lembut, makna tidak difahami dan
hampir sama dengan nama orang tertentu.

Haji Bakhil atau Akhil??
ermmm...teringat kata-kata Hj. Bakhil yang peminat
Cikgu Murni tu namanya ada kil..kil ..shakil ke
ape ke..dekat2 macam tu.

Teka-teki budak:
Banyak2 binatang, apa binatang yang malu mengaku dia anak
siapa> Jawabnya Anak Babi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EKONOMI IBRAHIM ALI

Sekadar petikan.... Melayu & Pasaran bebas Pasaran bebas ancam Melayu kata Ibrahim Ali. Becakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, beliau membidas kerajaan yang memberikan perlindungan yang besar kepada kaum pemodal bukan Melayu dan pada masa sama menarik bantuan dan subsidi kepada kaum Melayu dan Bumiputera. Konflik perkauman Ibrahim berkata, beliau khuatir konflik antara kaum mungkin tercetus sekiranya negara terus memberi perlindungan kepada golongan pemodal yang terdiri daripada kaum minoriti, sedangkan bantuan kepada golongan majoriti dinafikan. Persoalannya Apa bendanya ekonomi bebas apakah Ibrahim mahu ekonomi seperti Cuba atau China golongan minoriti itu siapa dan majoriti itu siapa? Siapa lebih rajin kerja? ekonomi bebas untuk orang malas atau kaum tertentukah? Ibrahim Ali bercakap sebagai Melayu tetapi nafikan cakap perkauman Habis Ibrahim Ali ini cakap apa sebenarnya?

GST -JANGAN BINCANG

Petikan entah dari mana.... ".....untuk elakkan kekeliruan Rakyat diminta jangan bincang GST secara umum. Wakil media akan dipanggil untuk ceritakan apa itu GST Rakyat biarkan jangan dikelirukan Apa yang betul adalah dari mulut pemimpin Jadi yang pergi belajar ekonomi kat Harvard atau Oxford atau UM atau mana-manalah nak bincang apa? Ahli politik pula nak temberang apa? GST itu perlu dilihat dari pelbagai sudut. Atas, bawah,kiri, kanan Untung, rugi, baik dan buruknya. Jika di pihak yang mahu buat dasar sahaja yang betul dan tidak keliru ibarat macam Germany di bawah Hitler le Apa sahaja kata Hitler semuanya betul Rakyat yang bijak perlu ditembak di kepala Ini masalah besar Orang pandai tidak boleh cakap ikut apa yang dia pandai takut kelirukan rakyat Habis pakar ekonomi nak bincang apa? Memang semua benada asalnya keliru apa-apa pun umpamanya budak-budak keliru akalnya kenapa 'anunya' patut dipotong..menyusahkan sahaja jalan pun kengkang

INI MEMANG AKAL BUDAK

Saya kira menarik juga diperturunkan semula akal budak yang ini: Subject: Karangan Budak Darjah 4 Yang Menyeramkan. Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paiptidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu sayabersarapandengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas ituemak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kalidengangarfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena melurudengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak sayatercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Baca lanjut di http://www.sioloon.com/fakta-kecoh-f72/karangan-budak-darjah-4-yang-menyeramkan-t6889.htm