Langkau ke kandungan utama

KHATIB SEBAK BACA KHUTBAH

IMAM BESAR TERSEDU-SEDAN
Imam Besar Masjid Negara menitiskan air mata
dan tersedu-sedan ketika membacakan doa di akhir
khutbah Jumaat hari ini yang menyentuh
isu penggunaan kalimah Allah
di kalangan bukan Islam.

Berbeza dengan solat Jumaat sebelum ini, suara
Tan Sri Ismail Muhammad kedengaran sebak dan
terputus-putus dari mimbar masjid, di penghubung
bacaan doa tersebut.

Ismail membacakan khutbah yang disediakan
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
berjudul 'Akidah benteng kekuatan ummah'.

Khutbah tersebut, antara lain, menegaskan bahawa
lafaz Allah khusus bagi umat Islam dan tidak
boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama
lain, seperti yang telah diputuskan dalam muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2008 .
.
Khutbah tersebut menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia
mengelak daripada menimbulkan isu-isu sensitif kerana
"penggunaan lafaz Allah telah beratus-ratus tahun digunakan
oleh masyarakat Islam di negara ini".

Komen yang kecil2
Nak nafi apa lagi
kalau imam besar pun sebak
orang biasa jangan duk buat
derk je lagi!

Dalam bab lain umpamanya
umat islam sokong bank yahudi
atau tidak tutup aurat
atau malas berjihad melawan nafsu
imam besar bergelar Tan Sri itu
tidak pasti sebak dan menitiskan
air mata atau tidak

Ini pemberita buat berita
atau tiba-tiba sahaja imam itu
sebak dan menitiskan air mata


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAIS LARANG BUKAN ISLAM GUNA 25 KALIMAH

Antara perkataan itu adalah, Allah , firman Allah, nabi , mubaligh, syariat, wahyu, mufti , Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji , kiblat, Ilahi, Injil, ulama , khalifah, wali, Syeikh, Iman dan dakwah. Bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 perbahasan seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah, masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Baca lanjut di http://www.themalaysianinsider.com/ index.php/bahasa/49650-jais-juga-larang-bukan-islam-guna -25-kalimah Allah, mufti, nabi, ulama Orang Kristian, Yahudi, Hindu, Sikh, Buddha di Malaysia tidak tidak boleh sebut nama Allah (masyaAllah), juga mufti dan ulama ketiga-tiga perkataan itu merupakan asas untuk berhubung dan bermesra dengan Islam Maka sebutlah tuhan atau god untuk Allah Patut sebut apa untuk mufti? Ulama kalih jadi intele...

KHINZIR & ALLAH

Terjemah Kontroversi (polemeik?) tentang kalimah Allah mengingatkan kita tentang kalimah khinzir yang kini telah jadi babi. Ada pun khinzir itu kalimah Arab yang diMelayukan. Khinzir Melayu ialah babi. Dalam bahasa PPSMI khinzir ialah pig dan dagingnya disebut pork oleh English Man atau porc di tanahair Mr. Sarkozy. Maki-makian Babi dalam bahasa Melayu beerti juga maki-makian atau cercaan yang amat menghina. Ertinya jika diungkap "kau babi" atau 'anak babi' maka itu merupakan cercaan yang dahsyat bagi orang Melayu. Haram Babi atau khinzir adalah haram dan diklasifikasikan sebagai najis mughalazah yang perlu disamak jika badan atau barang kepunyaan kita terkena babi atau najisnya hatta keturunannya biar pun tidak 100 peratus menyerupai babi. Melayu dan Babi Bagi Melayu babi adalah najis yang haram disentuh, apalagi dimakan. Bagi Melayu babi juga adalah makian dan cercaan yang paling jelik. Bila pembaca berita menyebut istilah babi seolah-o...