Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

MAIM SENARAI UNGKAPAN DILARANG

MAIM SENARAI UNGKAPAN DILARANG Kelmarin, Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menyenaraikan 33 perkataan termasuk kalimah Allah dan 15 ungkapan dalam Islam yang tidak boleh digunakan penganut agama lain dalam penerbitan atau percakapan mereka. Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menyenaraikan 33 perkataan termasuk kalimah Allah dan 15 ungkapan dalam Islam yang tidak boleh digunakan penganut agama lain dalam penerbitan atau percakapan mereka. Perkataan tersebut ialah firman Allah, ulama, hadis, ibadah, kaabah, kadi, Ilahi, wahyu, mubaligh, syariat, kiblat, haji, mufti, rasul, dan iman. Selain itu ialah dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi, sheikh, akhirat, azan, al-Quran, al-Sunnah, hauliak, karamah, shahadah, masjid dan Baitullah. Setiausaha Maim, Idrus Md. Jani berkata, perkara itu terkandung di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang diwartakan di negeri ini. Menurutnya, bagi ungkapan pula ialah Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahail

JAIS LARANG BUKAN ISLAM GUNA 25 KALIMAH

Antara perkataan itu adalah, Allah , firman Allah, nabi , mubaligh, syariat, wahyu, mufti , Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji , kiblat, Ilahi, Injil, ulama , khalifah, wali, Syeikh, Iman dan dakwah. Bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 perbahasan seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah, masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Baca lanjut di http://www.themalaysianinsider.com/ index.php/bahasa/49650-jais-juga-larang-bukan-islam-guna -25-kalimah Allah, mufti, nabi, ulama Orang Kristian, Yahudi, Hindu, Sikh, Buddha di Malaysia tidak tidak boleh sebut nama Allah (masyaAllah), juga mufti dan ulama ketiga-tiga perkataan itu merupakan asas untuk berhubung dan bermesra dengan Islam Maka sebutlah tuhan atau god untuk Allah Patut sebut apa untuk mufti? Ulama kalih jadi intele

KHATIB SEBAK BACA KHUTBAH

IMAM BESAR TERSEDU-SEDAN Imam Besar Masjid Negara menitiskan air mata dan tersedu-sedan ketika membacakan doa di akhir khutbah Jumaat hari ini yang menyentuh isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Berbeza dengan solat Jumaat sebelum ini, suara Tan Sri Ismail Muhammad kedengaran sebak dan terputus-putus dari mimbar masjid, di penghubung bacaan doa tersebut. Ismail membacakan khutbah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjudul 'Akidah benteng kekuatan ummah'. Khutbah tersebut, antara lain, menegaskan bahawa lafaz Allah khusus bagi umat Islam dan tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama lain, seperti yang telah diputuskan dalam muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2008 . . Khutbah tersebut menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia mengelak daripada menimbulkan isu-isu sensitif kerana "penggunaan lafaz Allah telah beratus-ratus tahun digunakan oleh masyarakat Islam di negara ini". Kome

KHINZIR & ALLAH

Terjemah Kontroversi (polemeik?) tentang kalimah Allah mengingatkan kita tentang kalimah khinzir yang kini telah jadi babi. Ada pun khinzir itu kalimah Arab yang diMelayukan. Khinzir Melayu ialah babi. Dalam bahasa PPSMI khinzir ialah pig dan dagingnya disebut pork oleh English Man atau porc di tanahair Mr. Sarkozy. Maki-makian Babi dalam bahasa Melayu beerti juga maki-makian atau cercaan yang amat menghina. Ertinya jika diungkap "kau babi" atau 'anak babi' maka itu merupakan cercaan yang dahsyat bagi orang Melayu. Haram Babi atau khinzir adalah haram dan diklasifikasikan sebagai najis mughalazah yang perlu disamak jika badan atau barang kepunyaan kita terkena babi atau najisnya hatta keturunannya biar pun tidak 100 peratus menyerupai babi. Melayu dan Babi Bagi Melayu babi adalah najis yang haram disentuh, apalagi dimakan. Bagi Melayu babi juga adalah makian dan cercaan yang paling jelik. Bila pembaca berita menyebut istilah babi seolah-o

NAMA ALLAH YANG EKSLUSIF

Kenyataan Penuh Presiden PAS PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan. Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi. Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini. PAS memberikan p

NAMA TUHAN KITA ALLAH

Allah Ada yang bimbang nama Allah mahu disekutukan dengan nama tuhan pengikut agama lain. Mana boleh Allah dan God disebut sama sedangkan maksud berbeza. Namun ada yang ambil mudah kata mereka bukakah ada beribu nama ambil umpama namanya : Mahazhir ada yang Islam ada yang kafir zimmi ada yang kafir harbi malah ada yang hindu dan tak jelas agama dan yang ikut agama orang putih Maka dijawab oleh yang lain Mahazhir adalah manusia Allah adalah pencipta mana boleh buat analogi begitu itu melampau dan khurafat Namun ada yang lucu di sebalik itu sekadar nak sebut satu saja Umat Melayu kita Islamik lebih teruja sambut permulaan tahun bagi pengikut kristian banding tahun hijrah tak rasa izzah pun dengan Maal Hijrah Bimbang ditertawakan dan dicerca orang Perancis, atau dilabel ekstrimis oleh orang-orang Obama lebih parah disetarakan dengan Taliban pulak

MATI DI TAHUN BAHARU

Kematian pemimpin tokoh-tokoh yang dekat dan kita kenal Mula-mula Gus Dur meninggalkan kita diikuti Tok Mat yang terkini Augustine Paul Selepas ini tokoh mana pula? Harap-harap jangan Che Det pulak Lambat mati Che Det dan lebih 80 tahun usia harapnya dapat subsisi 20 tahun lagi dapatlah dia dapat lihat lebih banyak ketirisan hasil akal geniusnya Melayu mudah lupa tetapi Che Det takkan dilupakan Ingatkan yang lupa Sebelum Che Det meninggalkan kita menemui yang Maha Kuasa harap-harap Che Det buat pengakuan Kisah Benar tentang moral kepada kita sekalian marhaen patut dibagi tahu terutama kepada ahli gerombolan yang setia dan totok bahawa sandiwara moral itu adalah untuk siasah semata-mata Kubur Sebelum mati masuk kubur kepada yang sempat harapan besarnya pakat-pakat minta ampun dan kisahkan yang sebenar Baca ini sebelum mati "Di Mesir....ada ribuan ustaz. (tapi) orang duduk di atas kubur, (sebanyak) tiga juta orang. Dia tunggu hari nak masuk kub

CATATAN TAHUN BAHARU

Tauke baru Industri gula mendapat tauke baru. Sempena tahun baharu maka harga gula pun diperbaharui. Sebelum ini dinafikan tapi akhbar dah kempen agar rakyat kurangkan gula putih, makan gula merah Subsidi naik Kerajaan kata jika harga gula naik maka subsidi perlu dinaikkan gula dunia semua dah melambung ada orang senyum barangkali boleh 'up' sikit komisen Semua nafi Beberapa hari sebelum ini semua pihak nafi gula naik harga namun kempen jangan makan gula tetap berterusan gula pula bagai tidak cukup menjelang ambang tahun baru KSU umum gula naik RM0.20 semuanya terima baik tiada yang panik dan marah Elak kencing manis rupanya betul kempen akhbar kurangkan makan gula elak kencing manis ertinya kurangkan beli gula harganya yang melambung namun akal yang berjalan hanyalah tauke dan penerima komisen akal rakyat macam biasa saja tauke dah yakin selepas 15 Januari rakyat akan kembali beli lagi banyak gula dengan harga baru! Tak pernahlah tauke kata akal rakyat macam akal