Langkau ke kandungan utama

Akal budak dan akal budak-budak

Blog yang teramat ringkas ini akan melihat isu dari perspektif budak-budak sahaja.
Maknanya tidak ada teori, trick atau apa-apa falsafah. Hanya akal budak.
Memang akal budak itu kecik seperti otaknya juga yang kecik.
Macam Hang Nadim ibaratnya, budak kecik yang ada akal kecil dan diperkecilkan.

Maaf andai terlihat falsafahnya. Itu hanya sedikit dari akal budak yang terjelma.
Mohon beri tunjuk ajar. Mohon beri pengajaran dan hikmah.
Mohon dijauhkan tipu daya kerana saya budak baru belajar.
Umpama diungkapkan pantun Maldives or Lubnan???

Buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
salah silap tolong tunjukkan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAIS LARANG BUKAN ISLAM GUNA 25 KALIMAH

Antara perkataan itu adalah, Allah , firman Allah, nabi , mubaligh, syariat, wahyu, mufti , Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji , kiblat, Ilahi, Injil, ulama , khalifah, wali, Syeikh, Iman dan dakwah. Bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 perbahasan seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah, masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. Baca lanjut di http://www.themalaysianinsider.com/ index.php/bahasa/49650-jais-juga-larang-bukan-islam-guna -25-kalimah Allah, mufti, nabi, ulama Orang Kristian, Yahudi, Hindu, Sikh, Buddha di Malaysia tidak tidak boleh sebut nama Allah (masyaAllah), juga mufti dan ulama ketiga-tiga perkataan itu merupakan asas untuk berhubung dan bermesra dengan Islam Maka sebutlah tuhan atau god untuk Allah Patut sebut apa untuk mufti? Ulama kalih jadi intele...

KHINZIR & ALLAH

Terjemah Kontroversi (polemeik?) tentang kalimah Allah mengingatkan kita tentang kalimah khinzir yang kini telah jadi babi. Ada pun khinzir itu kalimah Arab yang diMelayukan. Khinzir Melayu ialah babi. Dalam bahasa PPSMI khinzir ialah pig dan dagingnya disebut pork oleh English Man atau porc di tanahair Mr. Sarkozy. Maki-makian Babi dalam bahasa Melayu beerti juga maki-makian atau cercaan yang amat menghina. Ertinya jika diungkap "kau babi" atau 'anak babi' maka itu merupakan cercaan yang dahsyat bagi orang Melayu. Haram Babi atau khinzir adalah haram dan diklasifikasikan sebagai najis mughalazah yang perlu disamak jika badan atau barang kepunyaan kita terkena babi atau najisnya hatta keturunannya biar pun tidak 100 peratus menyerupai babi. Melayu dan Babi Bagi Melayu babi adalah najis yang haram disentuh, apalagi dimakan. Bagi Melayu babi juga adalah makian dan cercaan yang paling jelik. Bila pembaca berita menyebut istilah babi seolah-o...